Usah Perlekeh Tugas, Tanggungjawab Guru Prasekolah
2011/09/20 Luahan hati Seorang Guru Pra sekolah PADA hemat saya, kerjaya guru prasekolah amat mulia tetapi meletihkan kerana terlalu banyak beban kerja di luar tugasan wajib guru. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu seperti: · Program Berbintang anjuran PPD/JPN Kelantan mengguna pakai instrumen yang agak mengelirukan. Contoh: 10 markah untuk‘tanggapan awal’. Bangunan yang dijadikan kelas prasekolah kurang sesuai · Cara pemantauan yang dilakukan mentor (lantikan PPD) amat memualkan. Mentor dengan angkuh memberi komen/kritikan negatif. · Guru prasekolah terlalu dibebani pelbagai tugasan hingga tidak ada masa untuk berehat dari jam 7.00 pagi hingga jam 1.15 petang. Kadang-kala kerja sekolah dibawa ke rumah untuk diselesaikan. · Guru prasekolah juga perlu memastikan kelas dalam keadaan cukup kemas dan ceria - Guru terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyiapkan satu-satu aktiviti yang dijalankan. · Tiada imbuhan yang diberikan walaupun guru prasekolah mengajar semua subjek terutama Bahasa Inggeris (Pendidikan Agama Islam diajar oleh ustaz/ustazah) · Pelbagai aktiviti yang terpaksa disertai/dijalankan pada peringkat kelas, sekolah, zon, daerah dan negeri. · JU (Jurulatih Utama) terpaksa akur arahan PPD/JPN meskipun terlalu kerap meninggalkan kelas/anak didik kepada PPM (Pembantu Pengurusan Murid) · Kami mohon agar pihak tertentu jangan meremehkan kerja seorang guru prasekolah. Walaupun pada pandangan luaran ia amat mudah untuk dilaksanakan, namun hakikatnya, tugas serta tanggungjawab yang kami laksanakan adalah amat besar dan perit. SAL78, Pasir Mas, Kelantan LATIHAN BERKUALITI GURU PRASEKOLAH BAGI MENINGKATKAN PENDAFTARAN
KUALA LUMPUR - Latihan berkualiti adalah satu kemestian untuk golongan guru prasekolah bagi meningkatkan kadar pendaftaran murid di peringkat tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala. "Buat masa ini, hanya 60 peratus kanak-kanak sahaja mengikuti kelas prasekolah sebelum memasuki Tahap Satu. Masalahnya ramai daripada mereka tidak dapat mengikuti kurikulum Tahap Satu kerana tidak melalui pembelajaran di prasekolah," katanya. Idris berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Projek Permulaan (EPP) dan sembilan pembangunan baru Program Transformasi Ekonomi (ETP), di sini, hari Selasa. Katanya adalah penting untuk melatih golongan guru bagi meningkatkan tahap pendidikan prasekolah supaya dapat membentuk sebuah masyarakat berpengetahuan. "Kita tidak dapat capai Wawasan 2020 sekiranya kita tidak mempunyai asas yang kukuh dalam pendidikan," katanya. Terdahulu itu, Perdana Menteri berkata Kementerian Pendidikan dengan kerjasama beberapa kolej dan institusi tempatan akan menjalankan latihan perguruan prasekolah di 10 negeri. Kerjasama itu membabitkan SEGI College, DiKA College, Taj International College, Institut Teknologi Info-Sains Mahir, MCS College, Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Kolej Uniti, Thames Technology, Iras Mewah dan Institute Megatech. Najib berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk meningkatkan pendidikan prasekolah, memastikan kualiti standard tinggi bagi guru prasekolah serta meningkatkan kadar pendaftaran kanak-kanak untuk kelas prasekolah. Sumber : BERNAMA Murid Prasekolah Lemas
ALOR SETAR – Hajat seorang murid prasekolah untuk menghadiahkan ikan pekasam kepada dua gurunya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas di Sungai Langgar di Kampung Limbong di sini Isnin lalu. Mayat mangsa, Muhammad Saiful Sudin, 6, ditemui penduduk kampung pada pukul 9.05 malam iaitu selepas dua jam dia diketahui terjatuh ke dalam sungai sedalam lima meter itu Ibu mangsa, Zaitun Man, 50, memberitahu, sebelum kejadian, dia dan anak bongsunya itu pergi memancing ikan di satu saliran air di kawasan sawah tidak jauh dari rumahnya. “Selepas sejam memancing dan mendapat empat ekor ikan sepat, kami berdua pulang ke rumah dengan menaiki motosikal pada pukul 7 petang. “Bagaimanapun, tiba di simpang menghala ke rumah, Saiful ternampak lima rakannya bermain di atas titi sungai lalu dia terus turun dari motosikal,” katanya ketika ditemui semalam. Katanya, dia melarang Saiful bermain di sungai tetapi dia terus berlalu pergi dan memberitahu hendak pergi ke rumah saudaranya. “Tidak lama kemudian seorang rakannya datang ke rumah beritahu Saiful terjatuh ke dalam sungai,” tambahnya KERAJAAN KOMITED SEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK PRA-SEKOLAH
BINTULU, 9 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan komited untuk menyediakan kemudahan prasekolah yang secukupnya bagi kanak-kanak di seluruh negara dalam masa dua tahun. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata setakat ini kerajaan berjaya menampung kira-kira 72 peratus daripada keseluruhan keperluan prasekolah dan ia akan ditambah secara berperingkat. "Ia akan dinaikkan kepada hampir 82 peratus pada tahun hadapan, dan dilanjutkan sampai 100 peratus supaya anak-anak kita yang ke prasekolah dapat disediakan kemudahan seperti ini," katanya semasa berucap sebelum melancarkan 12 pusat prasekolah Sedidik SEDC di Rumah Panjang Sait, Tatau dekat sini, Sabtu. Pada majlis itu, beliau menyampaikan geran di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bernilai RM5.2 juta kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi membangunkan 30 buah prasekolah di seluruh negeri Sarawak. Beliau turut menyerahkan kunci replika kepada wakil 12 buah prasekolah yang baru siap dibina di bawah Program Sedidik Kementerian Pelajaran dan juga SEDC. Selain itu, Muhyiddin turut menegaskan bahawa pendidikan awal di peringkat prasekolah ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, malah beliau juga menerima arahan supaya membina prasekolah sebanyak yang mungkin di seluruh negara. "Bagi anak-anak tuan-tuan, kita sudah kira berapa sekolah kita kena bangunkan. Lahir sahaja di dunia kita harus sediakan sekolah dan kita nak mulakan dengan prasekolah supaya anak-anak kita ini walaupun kecil dia sudah pandai baca dan kira," katanya. Bagaimanapun, katanya bagi tujuan peningkatan taraf hidup melalui pendidikan, usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi tanpa usaha ibu bapa dan masyarakat. BAHAN-BAHAN UNTUK DIKONGSIKAN
SALAM 1 MALAYSIA
Pra-Sekolah SK Undang Jelebu akhirnya dapat jua melaksanakan impian yang terseimpan untuk memiliki laman web sendiri. Mulai tahun 2012, Laman Web Rasmi Pra-Sekolah akan beroperasi di URL berikut: http://psskuj.weebly.com. Laman ini akan cuba memaparkan seberapa banyak info, berita serta gambar-gambar berkaitan aktiviti pra-sekolah dan SK Undang jelebu untuk makluman waris. Adat manusia. Yang jauh berkirim surat. Yang dekat bertanya khabar. Yang jauh didekatkan. Yang dekat dimesra-mesrakan. Begitu jua kami di Prasekolah SK Undang Jelebu ini. Cuba merapat jurang antara prasekolah di seluruh negara dalam usaha menambah pengetahuan dan saling bertukar idea dan bicara. Lewat entri pertama ini, kami hulurkan salam perkenalan. Salam dari tanah perbukitan nun jauh di daerah Jelebu yang diwartakan sebagai "daerah terkering di Malaysia". biar apapun gelaran, kami juga ingin menumpang ceria dunia teknologi maklumat. Cuba untuk menambah apa yang kurang, berkongsi apa yang ada, meminta apa yang kurang dalam usaha merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Semoga dengen perkongsiang yang dilakukan, dapatlah kira warga pendidik prasekolah membina rantaian maklumat yang tidak putus dalam meyalurkan maklumat dan pengalaman. Ibarat air yang mengalir, ilmu yang dititiskan dapat diserap ke jiwa anak-anak didik yang masih hijau dan muda. Akhir bicara untuk entri pertama, salam persahabatan dan semoga tercapat cita dan hasrat untuk menjadi yang terbilang di kalangan yang cemerlang. Wassalam Sebarang masalah, sila emailkan kepada [email protected] PERTANDINGAN MENGHASILKAN KOLAJ
Pertandingan Membuat Kolaj telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid serta mencari murid yang berbakat dalam membuat kolaj yang tercantik. Penghasilan kerja-kerja seni sebegini akan dapat mencungkil bakal dan kreativiti semulajadi murid.
MESYUARAT BERSAMA WARIS
Pada 24 april yang lalu, Prasekolah telah mengadakan Mesyuarat bersama Waris untuk kali yang kedua bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Prasekolah. Salah satu perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai Projek Waris Prasekolah dimana pembinaan lansdkap 1 Malaysia dan juga Taman Botani Prasekolah
SAMBUTAN HARI JADI PRA-SEKOLAH
PANORAMA PRA-SEKOLAH
|